Anak Jagung Baru Menetas ♥

FollowDashboard

KRS Camping at SMK Abu Bakar Al-Baqir (Sabar)
Monday, April 29, 2013 ? 0 Atashinchi ?
Assalamu'alaikum all readers. Yeay. Aku dah rajin meng-update! Btw, aku baru balik dari kem semalam. Kem tu diadakan start hari jumaat-ahad iaitu 26/4 sampai 28/4. Kem apa? Kem KRS lah. Aku unit uniform KRS ataupun Kadet Remaja Sekolah. Kem ni ada baaanyak moment best sampai balik pun asyik teringat ingat :) Sekolah aku yang terlibat dalam kem ni adalah aku, Wardah, Hafiq Aiman and Syahir. Here's the story!

26 April 2013 (Jumaat)
Kami sampai sana dalam pukul 3 petang. Actually daftar pukul 2.45, tapi dah caer sampai lambat. Then, otw pi sana naik 2 buah kereta sebab kami kena bawak 12 batang buluh sepanjang 2 meter. Takkan nak perosok dalam satu kereta. Then, aku, wardah and hafiq aiman naik kereta cikgu sazlina while caer jadi bos dekat kereta cikgu hasrul. Jadi lah tu :p Lepas lepas sampai, cikgu cikgu semua balik. Kami kena buat semua sendiri. Daftar, dirikan khemah apa semua. Terkebil kebil kami. Tapi semuanya okay. Lepas dirikan khemah, kami semua kena buat barisan antara tapak perkhemahan lelaki and perempuan. Diorang bagitahu lah peraturan peraturan semasa kem. 

Lepas habis semua tu, kami kena lari keliling padang sekolah Sabar sebanyak 6 kali! Which is sepanjang 2.4km dalam masa 15 minit bagi perempuan and lelaki 12 minit. Memang nak tercabut kaki aku time tu. Bila cukup 1 round, kami akan dibekalkan getah. Bila dah habis masa, aku cuma sempat kutip 5 getah ja. Sikit lagi :( hilang 10 markah macam tu ja. And selepas tu, kami solat asar and buat persiapan kendiri macam mandi tu semua. Lepas tu aku and wardah jumpak kawan dari sekolah gunung semanggol nama fatin. Dia ni cantik, baik, comel, putih. Kira aku memang rapat lah dengan dia. Sebab wardah kawan dengan Una budak primary school dia dulu. So, aku rapat dengan Fatin sajalah. Kemana semua dengan dia. Mandi, solat, makan, buat aktiviti, semua dengan dia. Then, lepas solat Mahgrib, kami ada tazkirah sikit dari ustaz ustaz tu semua. Diorang kata, diorang nak test bacaan doa qunut and doa tahiyat akhir pagi subuh keesokannya. So, no problem. Lepastu makan malam and solat isyak.

Lepas solat isyak, kami ada latihan buat kain anduh. Ni ada moment yang boleh kata lawak jugaklah. Masa mula mula aku dengan wardah buat ikatan lutut. Kain anduh wardah tak berapa betul sikit sebab dia potong kain anduh bagi 3 segi tu tak betul. Lepastu ada kedut kedut banyak. Then, bila ikat, dia nampak tak kemas lah. So, bila dah ikat kat lutut, kami bawak bagi jumpa cikgu nak suruh dia check and bagi markah. 

Kami : cikgu, nah.
Cikgu : APA TU?! 
Kami : *terkejut and pandang sesama sendiri*
Me : ikatan lutut cikgu
Cikgu : macam ni ka ikatan lutut?

Then kami pun belah lah. Sebab malu kan. Aku dengan wardah tak habis habis gelak kat cikgu tu sebab dia terkejut sangat dengan ikatan kami. Kami gelar cikgu tu dengan nama cikgu 'apa tu'. Hahaha.  Lepas habis buat semua tu, kami supper lepastu prepare nak tidur. Actually masa taklimat pasal peraturan perkhemahan tu, diorang nak kutip phone, tapi tak kutip kutip pun. Tapi, lagi bagus. Lepas masuk khemah tu, kami kemas lah tempat tidur. Dah la hujan sebelum tu. Rumput jadi basah. Dah lah khemah dekat rumput. Lembab ja. Dengan panas lagi dalam tu. Haih memang tak selesa gila lah. Aku dah kira seksi dah malam tu sebab panas sangat. Tapi tidur pun lambat lah. Sembang sana sembang sini. 1 khemah aku dengan wardah. So, kira selesa jugak lah. Tak himpit. Lepas merepek meraban dengan wardah dalam khemah tu sampai kena tegur dengan komandan situ, terus tidur.

27 April 2013 (Sabtu)

Bangun pukul 4.45 macam tu. Nasib ada phone. Boleh set alarm. Aku bangun pukul 4.30. Tapi wardah ya Allah susah gila nak bangun. Kejut sikit dia balas 'hm' lepastu tidur balik. Banyak kali jugak lepastu baru bangun. Tak sangka pagi tu sejuk gilaa. Menyesal pulak tidur pakai seksi. Dah menggeletar sejuk. Lepas mandi apa semua, kami solat subuh. and of course ada Fatin! :) Rindu pulak kat dia. Ok! Lepas solat subuh, kami kena baca hafazan doa qunut and doa tahiyat akhir macam yang dijanjikan malam sebelum tu. Aku dengan Fatin buat mula mula. And dapat 10 markah untuk kami. Hehe. Lepas dah buat hafazan tu, aku dengan fatin relaks lah. sembang sembang. Wardah duduk dengan Una rasanya. So, aku duduk dengan Fatin jelah. Sembang sembang. Pasal couple, kawan, ibu ayah kerja apa and semua lah. Lepas tu, kalau tidak kami ada senaman pagi. Tapi memandang hari hujan, kami pun cancelled kan. Then kami breakfast. Masa hari ni lah kami nak kutip markah bagi dapat pangkat staf sarjan. Kami semua termasuk lelaki dibahagikan kepada 4 kumpulan. Andddd, aku satu kumpulan dengan Fatin! Hehehe. Boleh rapat dengan dia lagi.

Kami ada 4 stesen yang kami kena buat bagi melatih kami ni semua. Pertama, gajet, kedua, kawad kaki, ketiga, pengucapan awam and keempat orientaring. Mula mula kami kena buat orientaring sebab kami kumpulan ke-4. Orientaring tu sama je lah dengan kompas. Kami kena belajar guna kompas lepastu kami akan di-test untuk dapat markah. Alhamdulillah aku kira pass jugak lah. Semua yang aku jawab cikgu angguk. Lepastu kami pergi ke pengucapan awam pulak. Pengucapan awam ni kami akan diberi tajuk and kena bercakap mengenai tajuk itu secara spontan depan pemeriksa. Wardah dapat kereta buatan Malaysia. Dia kata dia blank sangat masa tu lepastu dia tak cakap. Dia diam ja. Haha. Aku pulak dapat tajuk keistimewaan diri saya. Aku mana lah tau apa keistimewaan diri aku ni. aku mana reti jugde diri aku sendiri ni ha. So, aku meraban apa semua. Kejap ja lepastu keluar. Sebab dah blank sangat taktau nak cakap apa. Lepas tu, kami pergi pulak ke kawad kaki. Tak ada apa yang menarik. Yang menariknya pun burung merpati tiba tiba jatuh kat tapak kami kawad. Dia macam pening ja. Lawak pun ada. Nak tangkap burung tu, dia marah. Maybe sebab panas sangat. Bayangkan kami kawad pukul 2 lebih macam tu. Tengah panas terik sampai haus tak terkata! Pergh. Tapi waktu nak kawad ni lah Fatin sakit perut and takleh join kami. And lepas lepas habis kawad ja kami diberitahu yang dia dah balik. Sedih :'( Tak sempat nak kata apa. Dia sempat cakap yang hari Ahad ni birthday dia. And aku dah rancang malam tu pukul 12 aku nak pergi khemah dia and singing happy birthday. Tapi nak buat macam mana :(

Lepas tu kami dibenarkan buat persiapan kendiri and solat zuhur. Lepastu kami buat stesen kami yang terakhir iaitu gajet. Gajet ni kami kena buat rak yang berasaskan buluh yang kami kena bawak tu. Masa mula mula kami pergi tu, pelatun kami jumpak lah cikgu yang akan ajar kami gajet tu. Lepas tu cikgu tu kata "pergi lapor dekat pokok" yang kami ni pelik lah. kenapa cikgu tu macam tu. And pelatun ni pun buat lah apa yang dia suruh. Rupanya cikgu ni boleh tahan lawak jugak. Dengan merapu ja dia. Dia cakap macam ni 

Cikgu : Mula mula kita kena ikat tali manoq ni ketat ketat. dengan tali manoq ah!
Budak cina : Ohh
Cikgu : bukan ohh! tali manoq! 
Budak cina : ok ok tali manoq.

Macam macam lah dia melawak sampai tak terhenti gelak kami ni. And rak kami ni pun siap lah. Cuma senget sebab susun tak elok. Lepas tu solat asar. Lepas solat asar, kami diberikan setiap orang pisau lipat. Sebelum tu kami diberitahu yang kami kena siang ikan keli. So, kami semua pakat takut. Kumpulan aku iaitu kumpulan ke-4 yang kena buat dulu. Cikgu pun tuang lah berpuluh ikan keli atas rumput and kumpulan kami semua pakat berebut nak tangkap. Aku dengan wardah muka dah pucat. Takut. Bila semua orang dah ambik and siang, aku dengan wardah belum ambik ikan keli lagi. KO BAYANGKAN IKAN KELI TU MASIH HIDOP AND SENGAT DIA MASIH ADA! MATI AKU!!! Memang gila. Nak menangis time tu. Tapi, dah memang menangis dah! Meraung punya takut. Geli semua ada. Wardah pun menangis nangis nak tangkap. Aku ni takpa sebab ada ketua puteri tolong pegangkan tangan aku. And dapatlah tangkap even dah merah hidung aku ni sebab menangis. Lepas habis siang semua, hello! aku siang sendiri k. lepas siang semua, kami kena bakar. Kena kepitkan dia dekat buluh. then bakar. Wardah pulak tak buat apa pun. Orang yang tolong dia sebab dia memang takut nak buat. Masa bakar ikan keli aku tu, buluh aku asyik terbakar ja. Ikan tak masak masak pun. Sampai patah ekor ikan keli aku, tapi masak pon belum! Then, cikgu pun suruh lah makan. Dia kata kalau kami makan, kami akan dapat markah. Tapi, sorry lah. Aku takkan makan. Hehe. Letak ja ikan tu kat atas bara api lepastu belah :p

Lepastu kami mandi. Sabun banyak banyak sebab busuk ikan keli. Malam tu depa cakap kena pakai baju t-shirt krs tu balik. Gila! Busuk macam tu nak pakai lagi. Tapi aku dengan wardah buat tak kisah. Kami pakai ja baju biasa. Lepas mandi, solat. Aku dengan wardah mandi lama and terlambat nak solat mahgrib. Dengan tudung aku kemik. Tapi dengan bantuan Una, tudung aku jadi elok. Lepas solat mahgrib, kami pun dinner. Kalini kami solat and dinner dekat asrama sekolah sabar. Best. Malam tu aku takda kawan dah sebab Fatin dah balik so, aku rapat lah dengan wardah and una. Malam tu kami jadi hyper sangat. Tak tahu kenapa. semua benda kami nak gelak. Ramai jugak yang tegur muka aku merah. Maybe sebab menangis or duduk depan bara api petang tu. Serious sepanjang hari kat kem tu, aku memang tak ada selera nak makan. Dah la makan ikut time, makan pulak sesuap dua ja. Wardah ja yang tolong habiskan makanan aku. Katanya dia lapar. Bela hantu raya kot :p Hahaha. Melawak. Lepas habis makan kami pun relaks kan perut. Lepas tu cikgu yang ajar gajet yang kami kata dia lawak tu datang kat meja kami. sembang sembang. 

Cikgu : kamu semua ni satu sekolah ka?
Una : eh tak, kami sekolah lain. saya Methodist, depa (aku and wardah) sekolah pekan baru.
Cikgu : ohhh hahahahahaha!
Kami : *blur sebab cikgu tetiba gelak* 
Cikgu : cikgu sekolah pekan baru sapa?
Wardah : cikgu hasrul.
Cikgu : ohhhh. hahaha. sapa tu? bagitau lah macam mana orang dia. kut saya kenai. hahahahah
Wardah : ala, kami kalau gitau cikgu pun cikgu bukan kenai. aaaaa, dia pakai spec. putih putih.
Cikgu : ohhhh. hahahahaha. tak kenai pun. *muka blur*
Kami : *terdiam*
Cikgu : hahahahaha.
Me : tak lawak pun cikgu. 
Wardah : Ona! hang ni *tergelak*
Me : *tergelak*
Cikgu : Hahahahahaha.
*budak meja sebelah tegur*
Budak meja sebelah : kenapa weh?
Cikgu : dok aih, depa kata hang ni comei sangat. hahahahaha
Kami : *gelak dekah sampai sakit perut*
Wardah : weh, jom ah tak tahan dah weh!
Me : Jom! Menyeramkan lah cikgu ni.
Una : Takpalah cikgu, kami letak pinggan dulu.
Cikgu : ha. hahahahahahah.

Gila cikgu ni ke apa. Hahahahahahaha. 

*bersambung*






Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction